Followers

Saturday, November 20, 2010

nukilan utk Sha :)

Sha,
semakin hari semakin bertambah rasa sayang pada Sha,
sejak diperkenalkan oleh kawan-kawan saya semasa kita lepak bersama di telok chempedak dulu,
saya tidak mampu utk membuang rasa cinta ini pada Sha.
walaupun saya tahu hubungan ini berbahaya, kerana tinggi risikonya dan keburukannya hanya dirasai di kemudian hari,
saya tetap bertekad untuk meneruskan hubungan ini,
saya gadaikan masa, wang dan teman wanita, semata mata untuk bersama Sha.
Sha, fadhu masih ingat lagi dahulu, perkenalan kita bermula dengan sentuhan lembut Sha pada bahu fadhu,
fadhu balas sapaan Sha itu.
tangan Sha fadhu pegang perlahan lahan, letakkan di dada fadhu.
dan secara tiba tiba, Sha rapatkan bibir Sha pada wajah fadhu.
kehangatan nafas Sha fadhu mampu rasai, wangian pewangi Sha mampu fadhu hidu,
fadhu gadaikan prinsip hidup, langgar tuntutan agama, fadhu cium bibir Sha perlahan lahan.
lembut sungguh bibir Sha, indah sungguh perasaan ketika itu, terasa seperti terbang, terlupa tentang segalanya di dunia ini.
itulah ciuman pertama fadhu dalam hidup ini, sumpah.
kita bercumbu di depan kawan kawan fadhu - mereka lihat perbuatan kita dengan keterujaan.
bangga agaknya, melihat rakan mereka pertama kali bercumbu.
fadhu sedut nafas Sha, fadhu jilat bibir Sha berulang kali.
perkara paling fadhu suka tentang bibir Sha ialah kemanisannya.
manis sangat, seperti rasa kek vanilla, manis tidak terkata.
malam itu, kita habiskan masa bersama dengan bercumbu.
dan bila malam mula melabuhkan tirai nya, Sha terpaksa pergi.
pergi bersama lelaki itu.
hati fadhu hancur, tetapi fadhu faham dan mengerti.
Sha terpaksa pergi, bukan dengan rela hati.
sejak hari itu, hubungan kita semakin rapat - kita sering berjumpa.
kadang kadang seminggu sekali, kadang kadang sebulan sekali, ikut kemampuan.
biarpun fadhu sudah tamat asasi dan sedang bercuti di rumah,
tapi kita tetap bersama.
temu janji di Shah Alam dan Ampang, biarpun jauh, tapi fadhu sanggup tempuhinya.
biarpun fadhu sudah ada teman wanita yang amat mencintai diri fadhu,
akan tetapi, fadhu tetap ingin meneruskan hidup ini bersama Sha.
jika dia ingin cinta fadhu, dia perlu terima kehadiran Sha dalam hidup fadhu.
sayang, cinta dan rindukan Sha. semoga kita bertemu kembali <3

yang benar,
fadhullah rahman


kepada, 
ShiSha.





2 comments: